Aktiviti
Program Sumbangan Wakaf Prihatin YWM Kepada Adik Muhammad Syamil Ahnaf Bagi Bantuan Bekalan Makanan Keperluan Asas, Susu, Lampin Pakai Buang di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur
29-07-2023

Kuala Lumpur, 29 Ogos 2023 - Setelah selesai penyerahan sumbangan di Pandan Jaya, Kuala Lumpur kami meneruskan perjalanan ke Desa Tun Razak, Kuala Lumpur untuk menyampaikan sumbangan kepada adik Muhammad Syamil Ahnaf, 5 tahun yang menghidapi penyakit biliary atresia. Turut bersama kami adalah Encik Mohd Zulhisham yang mewakili Yayasan Sayang Malaysia.

Prihatin dengan keadaannya, YWM telah menyampaikan sumbangan bantuan berjumlah RM571.00 yang merangkumi ubatan-ubatan, susu, lampin pakai buang dan bekalan makanan keperluan asas. Semoga agihan #DanaManfaat yang disumbangkan ini dapat meringankan beban mereka.

Ya Allah, kuatkanlah hati mereka, permudahkanlah urusan-urusan mereka ini.

Terus follow YWM untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kami! Ingat, anda tidak berseorangan.

Kami ada dan akan sentiasa ada untuk anda.


Kongsi Kongsi