Aktiviti
Program Sumbangan Wakaf Prihatin YWM Kepada Puan Faiznur Huda Bagi Bantuan Kerusi Roda, Ubat-Ubatan dan Bekalan Makanan Keperluan Asas di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
25-08-2023

Kuala Lumpur, 25 Ogos 2023 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang diketuai oleh Encik Mohd Fazdli bin Rosli, Eksekutif Kanan Bahagian Pengurusan Dana YWM telah menziarahi Puan Faiznur Huda yang didiagnosis penyakit buah pinggang di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada 25 Ogos 2023. Turut hadir bersama Encik Mohd Zulhisham bin Yusoff wakil dari Yayasan Sayang Malaysia.

Prihatin dengan keadaannya, YWM telah menyampaikan sumbangan bantuan berjumlah RM1,058.17 yang merangkumi kerusi roda, ubat-ubatan, lampin pakai buang dan bekalan makanan keperluan asas. Semoga agihan #DanaManfaat yang disumbangkan ini dapat meringankan beban mereka.

Ya Allah, kuatkanlah hati mereka, permudahkanlah urusan-urusan mereka ini.

Terus follow YWM untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kami! Ingat, anda tidak berseorangan.

Kami ada dan akan sentiasa ada untuk anda.


Kongsi Kongsi