Aktiviti
YWM Santuni Pesakit Kelainan Upaya di Batu Muda, Kuala Lumpur
13-07-2023

Kuala Lumpur, 13 Ogos 2023 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang diketuai oleh Cik Haidatul Azia binti Husin, Pengurus Bahagian Pemasaran dan Korporat YWM telah menziarahi adik Alisya Afrina, 12 tahun yang merupakan kanak-kanak kelainan upaya yang menghidap penyakit SMA Genetic Neuromuscular Disease Type-2 di Batu Muda, Kuala Lumpur.

Penyakit adik Alisya mula dikesan pada usianya seawal 8 bulan. Keadaan tulang belakangnya kian membengkok seiring dengan tumbesarannya dan telah merisikokan keadaan kesihatannya. Beliau juga mudah dijangkiti penyakit akibat sistem imunya semakin merosot dan mudah diserang rasa sesak nafas / kekurangan oksigen.

Prihatin dengan keadaannya, YWM telah menyampaikan sumbangan bantuan berjumlah RM2,400.00 untuk pembelian kerusi roda khas bagi tujuan memudahkan urusan pembelajaran adik Alisya di sekolah. Semoga agihan #CSRPrihatinYWM yang disumbangkan ini dapat meringankan beban adik Alisya dan juga keluarga.

Ucapan terima kasih ini juga kami panjangkan kepada semua penyumbang CSR Prihatin YWM. Amanah anda kami agihkan sebaiknya.

Ya Allah, kuatkanlah hati mereka, permudahkanlah urusan-urusan mereka ini.

Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka.

Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai CSR-Wakaf.

Terus follow YWM untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kami! Ingat, anda tidak berseorangan. Kami ada dan akan sentiasa ada untuk anda.


Kongsi Kongsi