Seminar Pemerkasaan Sistem Wakaf dan Infak: Sumber Alternatif Bantuan Sosial
14-08-2023Shah Alam, 14 Ogos 2023 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah dijemput menjadi salah satu panel bagi Seminar Pemerkasaan Sistem Wakaf dan Infak: Sumber Alternatif Bantuan Sosial yang diwakili oleh Cik Haidatul Azia binti Husin, Pengurus Bahagian Pemasaran dan Korporat YWM. Seminar ini telah dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan berlangsung pada 14 Ogos 2023 di Glenmarie Hotel dan Golf Resort, Shah Alam, Selangor.
Seminar ini merupakan salah satu inisiatif KPWKM dalam meneroka sumber wakaf dan infak bagi memperkukuhkan sumber program perlindungan sosial yang berbentuk non-contributory. Di samping itu, input yang diperolehi boleh digunakan sebagai asas bagi memperkukuhkan mekanisme penyampaian perkhidmatan yang produktif serta peluang untuk meneroka amalan terbaik untuk mendayaupayakan golongan rentan dan yang memerlukan.
Terima kasih kepada pihak KPWKM atas jemputan penganjuran program ini. Semoga sesi perkongsian ilmu memberi manfaat kepada semua. Insya-Allah.
"Wakaf Membangun Malaysia MADANI"
TERKINI
Kongsi Kongsi