Majlis Jalinan Kerjasama iTEKAD
22-08-2023Kuala Lumpur, 22 Ogos 2023 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang diketuai oleh YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YWM telah menghadiri Majlis Jalinan Kerjasama iTEKAD yang berlangsung pada 22 Ogos 2023 di Sasana Kijang, Kuala Lumpur. Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
iTEKAD adalah program penaung yang diwujudkan oleh Bank Negara Malaysia bagi membantu usahawan mikro berpendapatan rendah memperkukuh pengurusan kewangan dan kepintaran dalam perniagaan ke arah menjana pendapatan yang berterusan.
Hasil kerjasama YWM dengan pihak CIMB Islamic Bank Berhad melalui Program iTekad CIMB Islamic Rider Entrepreneur telah mewujudkan peluang kepada belia serta asnaf yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai dan bekerja sebagai penghantar makanan atau runner.
Menerusi kerjasama ini, seramai 32 rider makanan telah mendapat manfaat melalui pemberian motosikal secara bertempoh iaitu selama 12 bulan. Setelah berjaya memenuhi keperluan kursus dan tempoh 12 bulan, motosikal tersebut akan dihibahkan kepada para peserta yang berjaya.
TERKINI
Kongsi Kongsi