Aktiviti
Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Persidangan Antarabangsa Wakaf 2024
08-08-2023

Putrajaya, 8 Ogos 2023 - Universiti Kebangsaan Malaysia melalui Yayasan Canselor, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Jabatan Wakaf Zakat dan Haji bakal berganding bahu untuk menganjurkan Persidangan Antarabangsa Wakaf 2024.

Objektif persidangan ini adalah sebagai platform perkongsian pengetahuan serta perhimpunan pakar, penyelidik dan industri dari dalam dan luar negara untuk membincangkan isu berkaitan pemerkasaan wakaf selari dengan perkembangan ekonomi dan persekitaran semasa. Sesi yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama YWM ini merupakan pertemuan kedua bagi membincangkan penyelarasan pelaksanaan program tersebut yang dijangka bakal berlangsung pada pertengahan tahun hadapan.


Kongsi Kongsi