Aktiviti
Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Pesakit-Pesakit Kanser Anjuran Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Keharmonian Kuala Lumpur
20-07-2023

Putrajaya, 20 Julai 2023 - YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YWM telah menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Pesakit Kanser anjuran Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Keharmonian Kuala Lumpur di Hotel Everly, Putrajaya pada 20 Julai 2023.

YWM menyokong penuh usaha murni badan-badan kebajikan yang mengambil inisiatif bagi menganjurkan program seumpama ini yang membantu meringankan beban pesakit kanser.

Sumbangan yang diberikan bukan sahaja membantu daripada sudut kewangan, malah turut memberi sokongan moral dan mengingatkan betapa mereka tidak berseorangan dalam perjuangan melawan kanser.


Kongsi Kongsi