Aktiviti
Pembukaan Kauter Wakaf Sempena Karnival Al-Falah Malaysia MADANI Peringkat Negeri Kelantan
15-07-2023

Tumpat, 15 Julai 2023 - YB Senator Dato' Setia Dr. Na'im, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan isteri juga turut berkesempatan singgah dan meluangkan masa di kaunter wakaf YWM sempena Karnival Al-Falah Malaysia MADANI Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung di Sek. Men. Kg Laut, Tumpat, Kelantan.

Terima kasih buat semua pengunjung dan para pewakaf yang hadir ke reruai Yayasan Waqaf Malaysia. Kemeriahan begitu terasa dengan kehadiran ramai warga Kelantan khususnya warga Kg. Laut yang hadir.

Kepada para pewakaf yang telah membuat sumbangan, ribuan penghargaan diucapkan. Semoga Allah SWT limpahkan ganjaran pahala berlipat kali ganda kepada anda semua, Insya-Allah.


Kongsi Kongsi