Aktiviti
Program Agihan Dana Manfaat Wakaf YWM Untuk Pesakit-pesakit Kronik Yang Kurang Berkemampuan Siri 1
07-08-2023

7 Ogos 2023 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) berkesempatan untuk turun padang sekitar Selangor dan Negeri Sembilan bagi menziarahi keluarga-keluarga para pesakit kronik kategori kurang berkemampuan yang telah menerima bantuan Dana Manfaat Wakaf YWM bagi memenuhi keperluan semasa mereka.

Melalui permohonan yang telah dikemukakan oleh Yayasan Sayang Malaysia untuk program ‘Kami Sayang, Kami Prihatin’, YWM bersetuju untuk menyalurkan sumbangan bagi perbelanjaan yang merangkumi pembelian katil hospital, vitamin, susu, lampin pakai buang serta bekalan makanan keperluan asas. Turut hadir bersama pada sesi ini adalah YBhg. Dato’ Mustapa Hj. Othman, Pengarah Penyelaras Bantuan, Yayasan Sayang Malaysia.

Semoga agihan Dana Manfaat ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang sedang diuji. Maklumat lanjut mengenai program serahan ini boleh didapati di Facebook YWM atau klik link berikut:

  1. Senawang, Negeri Sembilan, 4 Ogos 2023 - https://bit.ly/3QsTcvK

  2. Sungai Kantan, Kajang, Selangor, 6 Ogos 2023 - https://bit.ly/3Kz4XNq

  3. Taman Saujana Impian, Kajang, Selangor, 7 Ogos 2023 - https://bit.ly/47qeKz6

Jom kita berwakaf agar lebih banyak manfaatnya dapat dinikmati oleh semua masyarakat.


Kongsi Kongsi