Aktiviti
Mesyuarat Penyelarasan Majlis Perasmian Bulan Wakaf Kebangsaan 2023
08-03-2023

8 Mac 2023, Putrajaya - Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Majlis Perasmian Bulan Wakaf Kebangsaan 2023 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan KPE YWM (menjalankan tugas KPE YWM), pihak TVAlhijrah yang diketuai oleh Tuan Haji Saifulizan Sidek, wakil dari PMO Malaysia, wakil Jabatan Perdana Menteri, wakil Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama , JAWI, PDRM dan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan.

Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras gerak kerja antara agensi dalam memastikan kelancaran majlis yang akan diadakan pada 1 Ramadan 1444H nanti. Semoga usaha dan komitmen semua pihak dalam menjayakan program ini bakal menjadi pemangkin kepada kemakmuran ibadah wakaf di negara kita, Insya Allah.


Kongsi Kongsi