Aktiviti
WEBINAR WAKAF 2021 PERINGKAT NEGERI SABAH : "MAU BAGI WAKAF, TAPI INDA ADA TANAH? INDA MENGAPA, PAKAI USIN PUN DAPAT JUA”
10-05-2021

10 Mei 2021 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bersama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah menganjurkan Webinar Wakaf Negeri Sabah 2021 yang bertajuk "Mau bagi wakaf, tapi inda ada tanah? Inda mengapa, pakai usin pun dapat jua” secara atas talian selama 2 jam menggunakan aplikasi Cisco Webex.

Antara objektif penganjuran program ini adalah seperti berikut:

  • Membolehkan semua peserta mendapat maklumat first hand daripada panel jemputan mengenai wakaf di Sabah khususnya dan wakaf di Malaysia secara amnya;
  • Memupuk kesedaran masyarakat tentang potensi wakaf sebagai instrumen pemacu ekonomi ummah dalam pembangunan sosio-ekonomi ummah dengan mengambil kira struktur perundangan negara; dan
  • Memperkenalkan kaedah berwakaf menggunakan wang tunai dalam usaha meningkatkan tabungan dana wakaf dan ke mana dana wakaf ini digunakan.

Webinar ini telah berjaya menerima penyertaan seramai 573 peserta dari Facebook manakala 45 peserta dari aplikasi Cisco Webex. Program di mulakan oleh Puan Majidah binti Zainudin sebagai pengacara majlis kemudian diambil alih oleh YBrs. Pencetus Ummah Azihal bin Bangsawan selaku moderator webinar. Webinar kali ini didatangkan dengan barisan panelis yang pakar dalam bidang hal ehwal wakaf iaitu YBrs. Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM sebagai Panel 1 manakala Panel 2 adalah YBrs. Encik Ramlan bin Awang Ali, Ketua Pegawai Eksekutif MUIS. Webinar kali ini membincangkan satu topik mengenai sejarah perkembangan awal wakaf di Sabah serta pengurusan wakaf yang terkini di Sabah. Webinar ini juga membincangkan tentang cara pengukuhan sistem wakaf dan tadbir urus wakaf dalam pembangunan sosio-ekonomi ummah di Malaysia khususnya di negeri Sabah.

Semoga pembangunan ekonomi wakaf terus maju dan berkembang di seluruh Malaysia secara amnya dan di negeri Sabah khasnya, InsyaAllah. Penghargaan juga turut diberikan kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan Webinar Wakaf ini. Semoga bertemu lagi pada Webinar Wakaf akan datang.

Klik pautan untuk menonton rakaman Webinar Wakaf - Webinar Wakaf "Mau bagi wakaf, tapi inda ada tanah? Inda mengapa, pakai usin pun dapat jua”-https://www.facebook.com/140884705952212/videos/798914217663598


Kongsi Kongsi