Aktiviti
Kunjungan Hormat YWM ke Majlis Agama Islam Negeri Johor
17-10-2022

Johor Bahru, 17 oktober 2022 - Yayasan Waqaf Malaysia telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Majlis Agama Islam Negeri Johor bertujuan untuk meneroka peluang-peluang kerjasama pembangunan wakaf di negeri Johor di samping mengeratkan jalinan ukhwah antara YWM dan pihak MAIJ.

Sesi Kunjungan Hormat ini telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato' Dr. Haji Nooh bin Gadot, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor dan turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Ismail bin Abu, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor. Manakala delegasi daripada YWM diketuai oleh YBrs. Prof. Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM.

Sesi pencambahan fikiran ini membincangkan potensi wakaf sebagai salah satu instrumen Sosial Kewangan Islam yang perlu diketengahkan sebagai satu sumber pendanaan alternatif dalam mengerakkan sosio-ekonomi umat Islam pada masa ini.


Kongsi Kongsi