Aktiviti
Yayasan Waqaf Malaysia Sumbang Kereta Buggy Untuk Kegunaan Pelajar OKU Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah
08-05-2025

Kuala Pilah, 8 Mei 2025 - Telah berlangsung Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah yang disempurnakan oleh YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) di Anjung Seri Perpatih, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah.

Majlis ini telah menyaksikan perasmian sebuah kereta buggy oleh Ketua Pegawai Eksekutif YWM yang mewakili YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YWM. Turut hadir, Tuan Haji Abdul Aziz bin Abd. Jalal, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan-MAIWP.

Dalam majlis tersebut, YWM turut menyampaikan cek cura berjumlah RM30,000.00 kepada pihak UiTM sebagai simbolik sumbangan bagi pembelian kereta buggy yang akan dimanfaatkan oleh tujuh (7) pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) di Kampus Kuala Pilah. Kemudahan ini dijangka dapat membantu pergerakan pelajar OKU di sekitar kampus, sekali gus menambah baik aspek kebajikan dan aksesibiliti warga universiti. Selain itu, YWM turut menyediakan wang poket berjumlah RM100 kepada setiap pelajar OKU tersebut.

Semoga sumbangan ini dapat memberi semangat dan manfaat kepada para pelajar dalam menuntut ilmu. Terima kasih kepada pewakaf yang telah berwakaf di YWM, semoga manfaat pahala mengalir berpanjangan, insya-Allah.


Kongsi Kongsi