Aktiviti
HTAA TERIMA SUMBANGAN WAKAF PERALATAN DAN KELENGKAPAN HOSPITAL RM496,500.00 MENGGUNAKAN DANA WAKAF YWM
07-05-2021

KUANTAN, 7 Mei 2021 : Tuan Haji Ruslan bin Said, Ketua Pengarah JAWHAR merangkap Naib Pengerusi YWM mewakili YB Pengerusi YWM telah hadir menyampaikan sumbangan wakaf berbentuk peralatan dan kelengkapan hospital dalam membantu menangani krisis wabak Covid19 kepada Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Turut hadir adalah Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Dr Sarifuddin bin Saad, Timbalan Pengarah (Perubatan 2) HTAA dan Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

Sumbangan berbentuk peralatan perubatan sebanyak 30 unit terdiri daripada ICU Bed, ICU Monitor, Syringe Pump dan Infusion Pump. Pembelian kesemua peralatan ini adalah menggunakan dana wakaf sumbangan orang ramai di bawah program P.U.L.I.H yang merupakan inisiatif di bawah Sijil Wakaf Tunai Kesihatan YWM. Sebagai simbolik kepada majlis penyampaian sumbangan ini, Naib Pengerusi YWM juga telah menyerahkan mock cheque berjumlah RM496,500.00 kepada Dr. Sarifuddin bin Saad dan pada masa yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif YWM turut menyerahkan Garis Panduan Umum Pengurusan Aset Wakaf kepada Pengarah HTAA.

YWM turut dimaklumkan bahawa kesemua peralatan yang disumbangkan ini sedang digunakan oleh pesakit-pesakit positif COVID-19 di hospital berkenaan. Indahnya wakaf, penggunaan harta wakaf, bukan hanya dinikmati oleh orang Islam semata-mata, tetapi semua golongan tanpa mengira agama, keturunan dan bangsa boleh menikmati manfaatnya. Semoga sumbangan ini menjadi titik permulaan bagi semua lapisan masyarakat untuk turut bersama-sama merancakkan lagi amalan berwakaf di Malaysia tidak kira sama ada di YWM atau di Majlis Agama Islam Negeri. Semoga dengan usaha ini kita dapat membantu lebih ramai pihak dalam semua aspek kehidupan.

Di kesempatan ini juga, YWM ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan di atas pengorbanan dan usaha yang diberikan semua dalam memastikan COVID-19 terus hilang dari negara tercinta ini.

Sebagai makluman, sumbangan kepada HTAA ini adalah sumbangan ketiga yang telah dilaksanakan.

Sumbangan pertama, sila rujuk sini https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4162213057152670&id=140884705952212

Sumbangan kedua, sila rujuk sini https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4162854627088513&id=140884705952212

Jom berwakaf di Yayasan Waqaf Malaysia atau mana-mana Majlis Agama Islam Negeri. Nak wakaf serendah RM1 pun boleh!

Untuk berwakaf sama ada melalui potongan gaji atau one-off, layari https://www.ywm.gov.my/wakaf-online

ATAU

Salurkan terus ke akaun Yayasan Waqaf Malaysia:

Bank Islam Malaysia Berhad 16018010019680

Public Islamic Bank Berhad 3996004900


Kongsi Kongsi