SUMBANGAN TABUNG MUSA'ADAH COVID19 JAKIM-YWM KE DUNGUN, TERENGGANU
08-02-2021Sumbangan bernilai RM60,000.00 berupa barangan keperluan bagi mangsa banjir. Antara barangan keperluan yang disumbangkan adalah set dapur, tilam(toto), barangan keperluan wanita, makanan kering, sabun pencuci dan lampin pakai buang kanak-kanak. Sesi flag off disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al Bakri, Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), turut mengiringi YBhg. Datuk Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI, YBrs. Prof Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Ustazah Hajah Hakimah binti Yusof, TKP (Dasar), JAKIM dan Tuan Haji Ahmad Fuad bin Apandi, TKP (Pengurusan) JAKIM.
Terlebih dahulu pada majlis yang sama, YB Menteri turut menyerahkan sumbangan :
- RM2,000 kepada Encik Abdul Taib bin Abdul Kadir, yang sedang menjalani rawatan di HKL;
- RM24,400 kepada mahasiswa B40, Fakulti Pengajian Islam, UKM; dan;
- RM15,000 bagi Pembiayaan Kos Swab Test bagi frontliner Pengurusan Jenazah Covid19 JAWI
InsyaAllah, moga bertambah pahala buat semua penyumbang Tabung Musa’adah Covid19 JAKIM-YWM.
Kongsi Kongsi