Pembukaan Kaunter Wakaf Di Booth Pameran Agensi Di Bawah Jabatan Perdana Menteri Sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Kedah
02-09-2022Alor Setar, 2 September 2022 - Yayasan Waqaf Malaysia telah terpilih salah satu agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menyertai program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Kedah yang bertempat di Perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah.
Program kali ini turut dihadiri oleh Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM. Pelbagai perkhidmatan juga disediakan untuk anda. Antaranya :
• Kaunter Wakaf Tunai
• Pendaftaran Sistem Wakaf Tunai
• Permohonan potong gaji wakaf
• Semakan / cetakan resit / penyata wakaf
• Konsultansi wakaf
Semoga Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Kedag, khususnya para pewakaf membawa kenangan manis. Justeru, ibadah wakaf terus subur dan membawa kemakmuran buat kita semua.
TERKINI
Kongsi Kongsi