Ceramah Wakaf : "Berhenti yang Bukan Berhenti" Sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Kedah
03-09-2022Alor Setar, 3 September 2022 - Sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Kedah kali ini, Yayasan Waqaf Malaysia bersama Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah menyampaikan ceramah wakaf yang bertajuk Berhenti yang Bukan Berhenti di slot Pentas Utama Keluarga Malaysia.
Ceramah dimulakan dengan slot daripada YBrs. Tuan Sheikh Fakhrurrazi Yub, Ketua Bahagian Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan diikuti oleh YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia.
Melalui sesi perkongsian ini, orang ramai didedahkan dengan perkembangan aktiviti wakaf di peringkat negeri yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan peranan YWM sebagai sebuah entiti wakaf di peringkat Persekutuan yang berperanan membantu usaha Majlis Agama Islam Negeri mengembangkan wakaf. Sesi ceramah ini telah dimeriahkan dengan kehadiran penonton seramai 800 orang.
Semoga bermanfaat buat semua.
TERKINI
Kongsi Kongsi