PASUKAN BARISAN HADAPAN #KamiAda UNTUK ANDA!
06-03-2021Alhamdulillah, selesai misi Musaadah Covid19 Yayasan Waqaf Malaysia dan Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Bantu Ummah Kuala Lumpur dan Selangor di sekitar Kuala Lumpur melibatkan kawasan Wangsa Maju, Sri Rampai, Batu, Sentul, Segambut dan Setiawangsa kepada 130 anggota RELA. Sumbangan berupa pek makanan keperluan harian dengan nilai keseluruhan sumbangan berjumlah RM6,500.00 ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM. Turut hadir, TPjR Tuan Darman Daban (Pengarah RELA Negeri WP Kuala Lumpur), PPjR Tuan Alif Mamat (Pegawai RELA Daerah Sentul) dan Tuan Zulkifli bin Buyong (Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Bantu Ummah Kuala Lumpur dan Selangor).
Semasa menyampaikan bantuan kepada 130 anggota RELA daerah Sentul, Kuala Lumpur hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif YWM sempat berbual dengan salah seorang anggota wanita RELA di PPR Seri Semarak, KPRK Bedah. Ya, anggota RELA juga antara pihak yang terkesan apabila PKP dilaksanakan. Sebagai anggota Sukarelawan, pendapatan mereka juga bergantung kepada tugasan yang diberi. Walaupun nilai sumbangan yang diberikan tidaklah sebesar mana, kami percaya sumbangan ini dapat membantu mengurangkan beban yang mereka hadapi.
'.. Pendapatan tak menentu dalam keadaan sekarang..walaupun sedikit, ia sangat membantu kami'...itu antara ungkapan yang diluahkan oleh mereka.
Sebelum itu, setibanya kami di Kompleks Kakitangan Awam, Jalan Dutamas Kuala Lumpur, kami berkesempatan melihat anggota RELA ‘row call’ dan tekun mendengar setiap amanat yang disampaikan oleh ketua mereka, TPjR Tuan Darman Daban (Pengarah RELA Negeri WP Kuala Lumpur). Berlatarbelakangkan pelbagai peringkat umur, bangsa dan agama, mereka bersatu membantu mengawal penularan Covid-19.
Pasukan barisan hadapan negara, #YWMrespect!
Terima kasih para penyumbang!
Klik pautan untuk tonton video program ini https://youtu.be/c5OqAowaUQs
Kongsi Kongsi