WEBINAR WAKAF 2021 PERINGKAT NEGERI JOHOR : “SAHAM WAKAF? PELABURAN YANG BAGAIMANA EK?”
30-03-202130 Mac 2021 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bersama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) telah menganjurkan Webinar Wakaf Johor 2021 yang bertajuk “Saham Wakaf? Pelaburan yang bagaimana ek?” secara atas talian selama 2 jam bermula pada 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari menggunakan aplikasi Cisco Webex.
Antara objektif penganjuran program ini adalah seperti berikut:
- Membolehkan semua peserta mendapat maklumat first hand daripada panel jemputan mengenai produk Saham Wakaf Johor khususnya dan wakaf di Malaysia secara amnya;
- Memupuk kesedaran masyarakat tentang potensi wakaf sebagai instrumen pemacu ekonomi ummah dalam pembangunan sosio-ekonomi ummah dengan mengambil kira struktur perundangan negara; dan
- Memperkenalkan kaedah berwakaf menggunakan wang tunai dalam usaha meningkatkan tabungan dana wakaf dan ke mana dana wakaf ini digunakan.
Webinar ini telah berjaya menerima penyertaan seramai 8,676 peserta dari Live Facebook manakala 80 peserta dari aplikasi Cisco Webex. Program dimulakan oleh Cik Nur Ain binti Mohd Nazri, Pegawai Media YWM sebagai urusetia Webinar Wakaf 2021 Peringkat Negeri Johor dan program diteruskan oleh pengenalan webinar oleh PU Rahmat Ikhsan bin Mohd Sofyan, finalis Pencetus Ummah musim pertama selaku moderator webinar.
Webinar kali ini turut disertai barisan panelis yang pakar dalam bidang wakaf iaitu YBrs. Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM sebagai Panel pertama serta YBrs. Ustaz Nur Asraf bin Hashim, Penolong Pengarah Wakaf MAIJ sebagai Panel kedua. Webinar kali ini membincangkan topik yang amat dekat dengan bangsa Johor iaitu pelaburan dalam Saham Wakaf Johor, kaedah pelaksanaannya serta projek-projek pembangunan dari saham wakaf tersebut. Selain itu, YBrs. Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin turut menerangkan inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh YWM selaku agensi wakaf di peringkat persekutuan kearah mewujudkan masyarakat yang celik wakaf.
Semoga harapan kedua-dua panel dalam memberi kesedaran kepada masyarakat menjadikan wakaf sebagai instrumen pemacu ekonomi ummah tercapai, Insha-Allah. Penghargaan juga turut diberikan kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan Webinar Wakaf ini. Semoga bertemu lagi pada Webinar Wakaf akan datang.
Klik pautan Facebook untuk menonton rakaman Webinar Wakaf “Saham Wakaf? Pelaburan yang bagaimana ek?” https://fb.watch/4zQdZElpMx/
TERKINI
Kongsi Kongsi