WEBINAR WAKAF | SIRI 2 : PEMBANGUNAN HARTANAH WAKAF DI MALAYSIA : ANTARA POTENSI, REALITI DAN SOLUSI
20-01-2021PUTRAJAYA, 20 JANUARI 2021 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bersama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Centre Research and Training (CERT) telah menganjurkan Webinar WAKAF Siri 2 : Pembangunan Hartanah Wakaf di Malaysia : Antara Potensi, Realiti dan Solusi secara atas talian selama 2 jam menggunakan aplikasi Cisco Webex.
Antara objektif penganjuran program ini adalah seperti berikut:
- Membuka minda peserta seminar mengenai potensi dan peranan yang boleh dimainkan oleh instrumen wakaf yang merupakan khazanah berharga negara yang perlu dibuka nilainya;
- Sebagai wadah untuk menyalurkan maklumat mengenai usaha – usaha yang telah dilaksanakan di pelbagai peringkat agensi persekutuan, negeri, korporat dan institusi perbankan Islam dan lain-lain dalam memartabatkan pembangunan wakaf;
- Mengenalpasti kekangan – kekangan yang ada dalam usaha membangunkan wakaf dan juga kaedah-kaedah penyelesaian yang boleh diteroka dan dilaksana;
- Perkongsian pengalaman oleh MAIN yang Berjaya membangunakan wakaf masing-masing melalui kaedah kontemporari tanpa menggunakan geran Kerajaan;
- Mengenalpasti pihak – pihak yang boleh bekerjasama sebagai Rakan Strategik YWM dan MAIN dalam usaha membangunkan wakaf di Malaysia;
- Mengenalpasti model – model pembangunan pembiayaan dan pengurusan hartanah wakaf yang boleh dilaksanakan yang boleh memberi situasi menang-menang kepada semua yang terlibat; dan
- Sebagai platform untuk menemukan pihak – pihak yang berminat dan berkepentingan dalam pembangunan wakaf.
Webinar ini telah berjaya menerima penyertaan seramai 279 peserta dari pelbagai bidang seperti agensi kerajaan, swasta, pemain-pemain utama dalam bidang hartanah dan projek, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), Institusi Perbankan Islam (IFI), Institusi Pengajian Tinggi (IPTA), Institut Pengajian Swasta (IPTS) serta individu awam.
Program di mulakan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Fazdli bin Rosli sebagai Pengacara Majlis kemudian diambil alih oleh YBrs. Prof. Madya Dr Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM selaku moderator webinar. Webinar kali ini didatangkan dengan barisan panelis yang pakar dalam bidang hartanah wakaf iaitu Tuan Haji Fakhruddin bin Abdul Rahman, Pegawai Tadbir Unit Pembangunan Hartanah dan Harta Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang sebagai Panel 1, YBrs. Dr. Haji Mohamad Noor Ropiah bin Abu Bakar, Naib Presiden II, UDA Holdings Berhad sebagai Panel 2 manakala Panel 3 adalah Tuan Nazri bin Chik, Pengurus Besar Perhubungan Strategik, Bank Islam Malaysia Berhad. Webinar kali ini membincangkan satu topik yang sangat relevan iaitu pembangunan hartanah wakaf di Malaysia khususnya dalam konteks pengalaman pembangunan wakaf Taman Wakaf Seetee Aisah di Pulau Pinang dan bagaimana model pembangunan hartanah wakaf seumpama ini dapat dilaksanakan secara mampan di negara kita.
Semoga pembangunan hartanah wakaf terus maju dan berkembang di seluruh Malaysia, InsyaAllah. Penghargaan juga turut diberikan kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan Webinar Wakaf Siri 2 ini. Semoga bertemu lagi pada Webinar Wakaf akan datang.
Klik pautan untuk menonton rakaman Webinar Wakaf - Webinar Wakaf Siri 2 Pembangunan Hartanah Wakaf di Malaysia: Antara Potensi, Realiti dan Solusi -- https://www.youtube.com/watch?v=jWY_ZVGnCRY&t=80s
TERKINI
Kongsi Kongsi