DANA PERLU YWM AGIH 60 PEK MAKANAN KEPERLUAN KEPADA PENIAGA KECIL DI RELAU, PULAU PINANG
15-08-2021Relau, 15 Ogos 2021 - Rata-rata penjaja dan peniaga kecil yang mencari rezeki secara harian telah hilang sumber pendapatan mereka apabila tidak dapat keluar berniaga. Alhamdulillah, dengan kelonggaran berniaga yang diberikan, mereka mampu menarik nafas lega.
Prihatin dengan keadaan mereka yang terkesan ini, YWM melalui Dana Perlu turun untuk menyampaikan amanah para penyumbang dengan menyampaikan sumbangan pek makanan keperluan kepada 60 peniaga kecil di sekitar Relau, Pulau Pinang melalui Persatuan Peniaga Kecil Relau.
"Alhamdulillah, terima kasih Yayasan Waqaf Malaysia".
Terima kasih kepada pihak persatuan atas kerjasama yang diberikan. Semoga usaha persatuan ini dalam menjaga kebajikan ahlinya diberi ganjaran yang sebaik-baiknya oleh Allah.
Semoga wabak Covid-19 ini segera hilang di bumi Malaysia dan di dunia agar semua mereka yang terjejas dapat kembali menikmati kehidupan seperti sebelum ini.
اللهم إني أعوذ بك من البرص والجنون والجذام ومن سيئ الأسقام
“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”
Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana Perlu di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka. Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.
TERKINI
Kongsi Kongsi