Aktiviti
DANA PERLU YWM SANTUNI FRONTLINERS PEKERJA AM HOSPITAL TUANKU FAUZIAH, KANGAR
21-08-2021

Kangar, 21 Ogos 2021 - Selain para doktor dan jururawat, pekerja am hospital memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan kelancaran operasi di hospital. Sumbangan agihan Dana Perlu YWM di negeri Perlis kali ini turut menyantuni para pekerja am Hospital Tuanku Fauziah.

Sebanyak 20 pek makanan daripada Dana Perlu YWM diserahkan oleh YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM. Selain bantuan daripada YWM ini, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang diwakili oleh Tuan Haji Mohd Nazim Bin Haji Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dan Encik Mohd Nazri Bin Mat Rejab, Ketua Bahagian Pembangunan Wakaf, Hartanah dan Mal dan Pengurusan Hospital Tuanku Fauziah, Kangar juga turut bersama menyampaikan sumbangan kepada para penerima.

Tidak banyak yang kami dapat bantu, tetapi InsyaAllah ia dapat mengurangkan sedikit beban yang mereka hadapi. Setidak-tidaknya, kami dapat melihat kegembiraan yang terpancar di wajah mereka. ‘…terima kasih YWM bantu kami semua, moga dipermudahkan segala urusan tuan puan…’

Ucapan terima kasih ini juga kami panjangkan kepada semua penyumbang Dana Perlu YWM. Amanah anda kami agihkan sebaiknya.

Ya Allah, kuatkanlah hati mereka, permudahkanlah urusan-urusan mereka ini.

Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana Perlu di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka.

‎جزاكم الله خيرا كثيرا و جزاكم الله احسن الجزاء

Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.


Kongsi Kongsi