Aktiviti
DANA PELAJAR YWM SUMBANG TABLET DI SMK TASEK DAMAI, IPOH
14-08-2021

Ipoh, 14 Ogos 2021 - Prihatin terhadap kesusahan yang dihadapi oleh murid-muridnya, guru SMK Tasek Damai, Ipoh telah mengemukakan permohonan mendapatkan tablet kepada YWM. Bimbang, kerana masih terdapat anak muridnya keciciran kelas. Bukan kerana malas, tetapi kekurangan gajet di rumah kerana hanya ada sebuah sahaja telefon untuk dikongsi bersama adik beradik yang lain dan juga kadangkala berkongsi telefon dengan ibu dan bapa.

Permohonan pada 9 Ogos 2021 telah diterima dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Permohonan tablet tersebut telah diluluskan. YWM telah hantar sendiri tablet tersebut ke SMK Tasek Damai, Ipoh. Kami telah berjumpa dengan Pengetua sekolah dan turut menerangkan bagaimana penjagaan tablet tersebut memandangkan ia adalah aset wakaf.

"Terima kasih Yayasan Waqaf Malaysia. Alhamdulillah, rezeki anak-anak SMK Tasek Damai dapat guna tablet ni. InsyaAllah, kami akan urus aset ini sebaik mungkin, biar lebih ramai lagi anak-anak yang rasai manfaatnya."

Alhamdulillah, jelas kegembiraan di wajah pengetua. Mulianya seorang guru. Sentiasa berikhtiar untuk memberikan yang terbaik kepada anak muridnya.

"Ya Allah, ampunilah guru-guru kami dan orang yang telah mengajar kami. Sayangilah mereka. Muliakanlah mereka dengan keredhaanMu yang agung, di tempat yang disenangi di sisiMu. Wahai yang maha penyayang di antara yang penyayang".

Terima kasih para pewakaf. Wakaf anda, sinar buat mereka.

جزاكم الله خيرا كثيرا و جزاكم الله احسن الجزاء

Kepada yang ingin berwakaf, sila layari www.ywm.gov.my/wakaf-online dan pilih Sijil Wakaf Tunai Pendidikan.


Kongsi Kongsi