Aktiviti
Program Mudik ke Hulu Bersama Penduduk Orang Asli Di Rancangan Penempatan Semula Air Banun
26-07-2026

Gerik, 26 Julai 2026 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Dakwah telah menganjurkan Program Mudik Ke Hulu di Pulau Banding, Perak pada 24-26 Julai 2026 dengan kerjasama agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Agama Islam Negeri Perak, pelbagai NGO dan beberapa sektor korporat.

YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut hadir bagi menyantuni komuniti Orang Asli di Kampung Orang Asli (KOA) Semelor dan KOA Pulau Tujuh.

Melalui program ini, Yayasan Waqaf Malaysia telah menyumbang dana wakaf bagi Projek Bekalan Air Bersih dan sumbangan kotak makanan daripada Tabung Musa’adah JAKIM-YWM kepada penduduk kampung. Selain itu, YWM turut terlibat dengan aktiviti gotong-royong kawasan sekitar dan mengecat surau di KOA Semelor.

Pelbagai program telah diatur sepanjang semua agensi berkampung di di RPS Banun seperti sukaneka, edaran kotak KFC, ziarah dakwah, majlis pengislaman dan majlis perkahwinan masyarakat Orang Asli.

Alhamdulillah, segala perancangan program telah berjalan dengan lancar. Terima kasih atas sambutan yang cukup mesra daripada Masyarakat Orang Asli. Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus berkekalan dan membawa manfaat kepada semua.


Kongsi Kongsi