DANA PERLU YWM SANTUNI GOLONGAN OKU DAN KOMUNITI YANG TERJEJAS PENDAPATAN DI PPR SRI SELANGOR, KUALA LUMPUR
25-07-2021Kuala Lumpur, 25 Julai 2021 - Yayasan Waqaf Malaysia telah menyumbangkan 94 pek makanan kering kepada golongan OKU, ibu tunggal dan juga pihak yang terjejas perkhidmatan disebabkan PKP 3.0 di sekitar PPR Sri Selangor, Kuala Lumpur. Terdapat juga penerima yang sedang dikuarantin di rumah kerana positif Covid-19.
Program serahan bantuan ini disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM. Walaupun sumbangan daripada YWM ini tidaklah sebesar mana, tapi sekurang-kurangnya dapatlah mengurangkan sedikit beban mereka. Kami mendoakan agar para penerima ini sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan harian mereka.
Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana PERLU di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka.
جزاكم الله خيرا كثيرا و جزاكم الله احسن الجزاء
Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.
TERKINI
Kongsi Kongsi