Aktiviti
Bengkel Pemukiman Agensi Hal Ehwal Agama bersama NGO di bawah Ops Ihsan
07-05-2026

Langkawi, 7 Mei 2026 - Agensi Hal Ehwal Agama di bawah Jabatan Perdana Menteri bersama Ops Ihsan terus memperkukuh kerjasama strategik dalam memperkemaskan gerak kerja bantuan kemanusiaan secara lebih tersusun, bersepadu dan berimpak tinggi.

Bengkel ini merupakan satu usaha untuk memastikan setiap sumbangan dan bantuan yang disalurkan dapat diagihkan secara lebih efektif, tepat kepada golongan sasaran serta mengelakkan pertindihan bantuan di lapangan.

Pendekatan kolaboratif ini bukan sahaja memperkukuh koordinasi antara agensi dan NGO, malah mencerminkan komitmen bersama dalam memastikan agenda kemanusiaan negara dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh, mampan dan memberi manfaat maksimum kepada masyarakat yang memerlukan.

Wakil Yayasan Waqaf Malaysia yang hadir ialah Dr. Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif dan Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif.


Kongsi Kongsi