DANA PELAJAR SANTUNI ANAK YATIM SMK BANDAR SRI DAMANSARA 2
25-07-2021Bandar Sri Damansara, 25 Julai 2021 - YWM telah menerima emel daripada guru dari SMK Bandar Sri Damansara 2 pada 5 Julai 2021. Beliau memohon bantuan peranti untuk sesi PdPR pelajar dari kalangan anak yatim.
Guru ini memaklumkan, penerima merupakan anak yatim. Ayahnya telah meninggal dunia pada Ogos 2020 dan kini ibunya menanggung adik-beradik seramai 3 orang yang masih bersekolah. Sepanjang tempoh PdPR, adik-beradik ini berkongsi menggunakan telefon arwah bapa mereka kerana ibunya hanya menggunakan telefon biasa. Ibunya seorang surirumah sepenuh masa dan sebelum ni keperluan keluarga hanya mengharapkan hasil berniaga arwah suaminya.
Permohonan diproses dan kami segera hadir ke rumah tersebut untuk menyampaikan sumbangan. Bukan hanya tablet yang kami bawa, tapi kami turut serahkan pek makanan keperluan untuk mereka. Sumbangan telah disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM.
Keprihatinan seorang guru, kami terjemahkan dengan sebuah sumbangan. Semoga Allah permudahkan urusan keluarga ini dan memuliakan semua guru-guru.
"اللهم اغفر لمشايخنا و لمن علمنا وارحمهم، واكرمهم برضوانك العظيم، في مقعد الصدق عندك يا ارحم الراحمين"
"Ya Allah, ampunilah guru-guru kami dan orang yang telah mengajar kami. Sayangilah mereka. Muliakanlah mereka dengan keredhaanMu yang agung, di tempat yang disenangi di sisiMu. Wahai yang maha penyayang di antara yang penyayang".
Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program #DanaPelajar di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka. Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPELAJAR.
TERKINI
Kongsi Kongsi