Yayasan Waqaf Malaysia Sertai Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku 2025
07-12-2025Putrajaya, 7 Disember 2025 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bersama 13 agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah bersama-sama menjayakan Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku 2025 di Pavilion Al-Falah.
Alhamdulillah, sepanjang tiga hari program ini berlangsung, reruai YWM menerima sambutan hangat dari para pengunjung. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan seperti cabutan bertuah, kuiz Kahoot, saguhati untuk pewakaf, waqf talk dan pelbagai lagi.
Pada kesempatan yang sama, YWM turut mengedarkan Borang Kaji Selidik Kepuasan Pelanggan bagi mendapatkan maklumat penilaian terhadap mutu perkhidmatan yang telah ditawarkan kepada pelanggan YWM.
Pada hari terakhir penganjuran, Pavillion Al Falah telah diserikan dengan kehadiran YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri diiringi oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Terdahulu, YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut hadir memeriahkan Pentas Ukhuwah bagi sesi Lepak Wakaf YWM bersama PU Rahmat Ikhsan ketika sesi lawatan beliau ke Pavilion Al-Falah pada 6 Disember 2025.
TERKINI
Kongsi Kongsi