Penyertaan Yayasan Waqaf Malaysia Di Oman Endowment Conference 2025
10-12-2025Oman, 10 Disember 2025 - YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah dijemput untuk menyertai Oman Endowment Conference 2025 selama dua hari anjuran Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama Kesultanan Oman dengan kerjasama Bausher Endowment Foundation. Dengan membawa tema "Wakaf dan Kepelbagaian Ekonomi", persidangan ini telah mengumpulkan lebih 20 pakar-pakar tempatan dan antarabangsa untuk membincangkan peranan sistem wakaf / endowment dapat menjadi penyumbang aktif kepada pembangunan negara.
YBrs. Dr. Ridzwan Bakar juga telah menyampaikan pembentangan khas yang bertajuk "Inovasi dalam Pelaburan Wakaf" di Oman Convention and Exhibition Centre, Muscat.
Penyertaan ini secara tidak langsung mengangkat martabat Malaysia sebagai salah sebuah negara Islam yang sentiasa proaktif dalam memperkasakan pembangunan ekonomi Islam khususnya menerusi instrumen sosial kewangan Islam seperti wakaf. Sebagai sebuah entiti wakaf kebangsaan, YWM juga berpeluang berkongsi pengalaman dan pandangan dalam pembangunan wakaf di Malaysia.
Semoga usaha memperkasakan wakaf ini terus subur dan mekar agar manfaatnya dapat dinikmati oleh semua. Doakan kami agar usaha mengangkat wakaf Malaysia ke peringkat global dipermudahkan dan berjaya, Insya Allah.
TERKINI
Kongsi Kongsi