Aktiviti
Kunjungan Hormat Persekutuan Persatuan Muslim Brazil ke Yayasan Waqaf Malaysia
11-12-2025

Putrajaya, 11 Disember 2025 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menerima kunjungan hormat daripada wakil Persekutuan Persatuan Muslim Brazil iaitu YBrs. Encik Ahmed Khalaf, Director of International Programs and Relations-Head of Gulf Office. Kehadiran beliau telah disambut oleh YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM bersama para pegawai YWM.

Pertemuan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman pengurusan program dan aktiviti di antara kedua pihak bagi meneroka peluang dan ruang kerjasama serta kolaborasi strategik khususnya melibatkan pembangunan wakaf antara dua agensi dan negara.


Kongsi Kongsi