Aktiviti
Kunjungan Hormat Yayasan Waqaf Malaysia ke Kedutaan Malaysia di Kesultanan Oman
10-12-2025

Oman, 10 Disember 2025 - YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman.

Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada penglibatan YWM di Oman Endowment Conference 2025 dan bermatlamat untuk memperkukuhkan jaringan kerjasama dua hala antara YWM dan wakil rasmi Malaysia di Oman. Menerusi jaringan sokongan ini, YWM berpeluang mengangkat segala agenda pembangunan wakaf Malaysia ke platform serantau dan global amnya.

YBrs. Dr. Ridzwan Bakar turut berpeluang berkongsi pandangan dan pengalaman mengenai potensi wakaf Malaysia sebagai salah satu instrumen sosioekonomi dalam konteks Pertubuhan Kerjasama Islam dan Majlis Kerjasama Teluk.

YWM menzahirkan penghargaan atas sokongan padu yang diberikan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Kesultanan Oman dalam menjayakan misi wakaf Malaysia di Oman kali ini. Terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Rosfazidah Razi Varathau Rajoo, Pemangku Duta Malaysia di Oman kerana meraikan kehadiran YWM.


Kongsi Kongsi