Penyertaan Yayasan Waqaf Malaysia Di Sesi Perbincangan Meja Bulat Bersama Kumpulan Pakar Wakaf Antarabangsa di Oman Endowment Conference 2025
10-12-2025Oman, 10 Disember 2025 - Susulan penyertaan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dalam sesi pembentangan khas di Oman Endowment Conference 2025 di Oman Convention and Exhibition Centre, Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM telah dijemput untuk menyertai sesi Perbincangan Meja Bulat (RTD) bersama Kumpulan Pakar Wakaf Antarabangsa.
Sesi RTD ini menghimpunkan 20 orang pakar terkemuka dalam bidang kewangan sosial Islam dan wakaf dari pelbagai negara termasuk Türkiye, Australia, Kuwait dan Oman. Perbincangan memfokuskan kepada pertukaran idea inovatif serta amalan terbaik dalam tadbir urus wakaf, perangkaan strategi bagi memperkukuh peranan wakaf dalam pembangunan sosioekonomi moden, serta penerokaan peluang kerjasama penyelidikan dan pembangunan rentas negara.
Penyertaan YWM pada peringkat kepimpinan tertinggi ini menjadi platform strategik untuk memperluas jaringan kerjasama wakaf antarabangsa, di samping mengukuhkan komitmen Malaysia ke arah menjadi peneraju dalam pembangunan ekosistem wakaf yang lestari, inovatif dan berimpak tinggi.
TERKINI
Kongsi Kongsi