Program Santuni Komuniti MADANI Di Teluk Intan
28-09-2025Teluk Intan, 28 September 2025 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), dengan kerjasama Pejabat Orang Besar Jajahan Hilir Perak, telah menganjurkan Program Santuni Komuniti MADANI yang menampilkan Program Kayuhan Warisan di sekitar Teluk Intan.
Program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM, bertujuan menghubungkan khazanah warisan Teluk Intan dengan aktiviti kebajikan wakaf. Peserta kayuhan telah menelusuri lokasi bersejarah seperti Menara Condong, Madrasah Al-Insaniah, Masjid India Muslim, Masjid Melayu Teluk Intan dan Masjid Daerah Sultan Idris II.
Turut hadir ialah YBhg. Orang Kaya-Kaya Laksamana Raja Mahkota, Dato’ Dr. Haji Meor Redwan bin Mahayudin, Orang Besar Jajahan Hilir Perak, YBrs. Puan Mufidah binti Mahfodz, Pegawai Daerah Hilir Perak, YBrs. Ustaz Mohd Hanafiah Mohd Nawawi, Naib Presiden Kanan Syariah, Operasi Bukan Perbankan Bank Rakyat, YBrs. En. Zairul Akmal bin Kasim, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan, YBrs. En. Badrul Hisham bin Muniran, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Melayu Teluk Intan dan YBrs. Tuan Haji Ibrahim Arshad, Pengerusi Kumpulan Imarah Masjid Melayu Teluk Intan.
Menerusi program ini, pelbagai sumbangan bernilai tinggi telah disalurkan, termasuk sumbangan kotak makanan dan dana wakaf. Selain itu, MasjidNet Superapps (aplikasi pintar bagi pendigitalan wakaf yang dibangunkan USIM) turut dilancarkan, menunjukkan peranan penting YWM dalam menyokong inovasi teknologi.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya menghubungkan warisan Teluk Intan dengan usaha kebajikan wakaf, sekali gus memastikan manfaat wakaf terus dirasai oleh komuniti setempat secara berkesan.









TERKINI
Kongsi Kongsi