Sumbangan Yayasan Waqaf Malaysia Sempena Program Santuni Komuniti MADANI Di Teluk Intan
28-09-2025Teluk Intan, 28 September 2025 - Menerusi Program Santuni Komuniti MADANI @ Teluk Intan, sejumlah RM107,940.00 daripada Dana Wakaf Tunai Malaysia telah diagihkan bagi membantu sekolah, surau, masjid dan golongan memerlukan.
Sumbangan ini merangkumi:
- RM16,500.00 - Sumbangan Menaik Taraf Ruang Solat Surau Al- Ghahiyah.
- RM7,000.00 - Sumbangan Dana Wakaf Pembelian Papan Pintar Interaktif SK Convent Teluk Intan.
- RM7,000.00 - Sumbangan Dana Wakaf Pembelian Papan Pintar Interaktif SK Kampong Bahagia.
- RM2,440.00 - Sumbangan Dana Wakaf Pembelian Peralatan Kesihatan Bagi Kumpulan Imarah Masjid Melayu Teluk Intan.
Selain itu, sebanyak RM75,000.00 daripada Tabung Musa’adah JAKIM-YWM diagihkan untuk sumbangan 500 kotak barangan makanan kepada komuniti. Manakala sebagai rekod, pada tahun lalu, menerusi Biasiswa Al-Falah myWaqafPTPTN yang merupakan produk kerjasama antara Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan YWM, sejumlah RM26,363.59 diagihkan kepada dua orang mahasiswa yang berasal dari Teluk Intan.
Dalam majlis penutup sempena program ini juga, Bank Rakyat juga telah menyerahkan cek cura kepada Masjid Melayu Teluk Intan bagi tujuan projek pemasangan solar berjumlah RM30,000.00.
Terima kasih kepada pewakaf, semoga sumbangan ini meringankan beban dan bermanfaat kepada para penerima seterusnya menjadi bekalan abadi buat para pewakaf.










TERKINI
Kongsi Kongsi