Aktiviti
Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman Yayasan Waqaf Malaysia Antara My Digital ID Sdn. Bhd.
30-09-2025

Kuala Lumpur, 30 September 2025 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah dijemput menyertai Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) bersama My Digital ID Sdn. Bhd. yang diadakan bersempena Cyber Digital Services, Defense and Security Asia Exhibition and Conference.

Majlis ini telah berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre, Kuala Lumpur dan telah disaksikan oleh YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital Malaysia. Penyertaan YWM dalam majlis berprestij ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang digital, khususnya dalam memajukan ekosistem digital trust negara. Melalui acara ini, YWM melihat potensi besar untuk memperluas aplikasi wakaf dalam transformasi digital Malaysia, sekali gus membuka ruang baharu bagi pelaksanaan inisiatif wakaf yang lebih inklusif, berinovasi dan berimpak tinggi kepada masyarakat.

Langkah ini juga mencerminkan aspirasi YWM untuk sentiasa berada di hadapan dalam menghubungkan sektor wakaf dengan teknologi digital, seiring dengan hasrat negara untuk melahirkan ekosistem digital yang mampan, diyakini dan memberi manfaat menyeluruh kepada ummah. Semoga kerjasama yang dibina pada hari ini akan menatijahkan hasil yang berlipat-ganda di masa hadapan, Insha Allah.


Kongsi Kongsi