Aktiviti
Program Selawat Komuniti Bersama Penduduk Teluk Intan
25-09-2025

Teluk Intan, 28 September 2025 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dengan kerjasama Pejabat Orang Besar Jajahan Hilir Perak serta Kumpulan Imarah Masjid Melayu Teluk Intan (MMTI) telah menganjurkan Program Selawat bertempat di MMTI. Gema Selawat Nur Muhammad telah alunkan oleh kumpulan guru dan pelajar tahfiz dari Langkap.

YBhg. Orang Kaya-Kaya Laksamana Raja Mahkota, Dato’ Dr. Haji Meor Redwan bin Mahayudin, Orang Besar Jajahan Hilir Perak menerusi ucapannya sangat mengalu-alukan kehadiran semua Jemaah dalam majlis penuh berkah ini. Turut bersama YWM dalam majlis ini adalah YBrs. Encik Hairolanuar Bin Mohamad (Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji), YBrs. En. Zairul Akmal bin Kasim (Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan), ACP Dr. Bakri bin Hj Zainal Abidin (Ketua Polis Daerah Hilir Perak), PPgB Mohd Ismail Bin Mohd Yunus (Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan), En. Muhammad Amin bin Safie, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) dan En. Azmi Yusof (Pengerusi Persatuan Penduduk Durian Sebatang).

Program ini menjadi ruang memperkukuh ukhuwah dan semangat kecintaan kepada Rasulullah SAW melalui lantunan selawat serta pengisian rohani bersama komuniti setempat.

Semoga usaha murni ini menjadi pemangkin kepada pembudayaan amalan selawat, selain menjadikan wakaf sebagai legasi peradaban dan instrumen kemakmuran negara.


Kongsi Kongsi