Program Team Building 2025 Yayasan Waqaf Malaysia
27-07-2025Pulau Pangkor, 27 Julai 2025 - Buat julung kalinya, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menganjurkan Team Building 2025 yang bertemakan “Together We Unite” di Pangkor Coral Bay Resort dengan penglibatan seramai 43 orang pegawai YWM dan 5 orang pegawai Perbadanan Wakaf Nasional Berhad (PWNB) iaitu syarikat subsidiari milik penuh YWM. Bagi menjayakan agenda ini, YWM telah melantik syarikat FunnelEvo sebagai penceramah dan fasilitator untuk program yang berlangsung selama tiga hari ini.
Pengisian program ini dipenuhi dengan sesi perkongsian ilmu bagi mengenali rakan sekerja, sesi pembangunan diri serta aktiviti-aktiviti yang dapat menguji keupayaan diri dan pasukan untuk membuat keputusan dalam situasi yang mencabar.
Diharapkan menerusi program Team Building ini, para pegawai dapat merasakan suasana kebersamaan, membawa pulang ilmu, inspirasi dan semangat baru untuk diaplikasikan dalam tugasan harian. Semoga ukhwah yang terjalin ini sentiasa berterusan dan menjadikan YWM dan PWNB sebagai satu pasukan yang mantap demi pembangunan wakaf di Malaysia.















TERKINI

Kongsi Kongsi