Aktiviti
Sumbangan Tajaan Bank Rakyat Untuk Program Kesedaran Wakaf
30-07-2025

Putrajaya, 30 Julai 2025 - Telah berlangsung sesi penyerahan cek cura oleh pihak Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) kepada Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) berjumlah RM4,500.00 sebagai simbolik tajaan Seminar Kesedaran Wakaf yang telah diadakan di Dewan Seri Seroja, Putrajaya pada 27 Mei 2025 yang lalu.

Sebagai makluman, seminar ini yang dirancang untuk dilaksanakan pada bulan Disember 2024 terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun dengan kerjasama erat antara semua pihak termasuk Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, seminar ini berjaya dilaksanakan dengan lancar.

Majlis ringkas ini telah diadakan di pejabat Bank Rakyat Putrajaya yang dihadiri oleh wakil kedua-dua pihak iaitu Tuan Haji Mohd Zailani bin Mohamed Nor, Pengurus Cawangan Bank Rakyat Presint 15 Putrajaya dan Cik Haidatul Azia binti Husin, Pengurus Bahagian Pemasaran dan Korporat YWM. Tajaan ini mencerminkan komitmen Bank Rakyat dalam menyokong usaha pembangunan wakaf serta memperkasa kesedaran masyarakat terhadap instrumen wakaf sebagai salah satu alat pembangunan ummah yang mampan.

YWM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan yang diberikan. Semoga kerjasama ini terus kukuh dan memberi manfaat yang meluas kepada masyarakat.


Kongsi Kongsi