Aktiviti
Kunjungan Hormat Kementerian Wakaf Dan Hal Ehwal Islam Qatar Serta Wakil Kedutaan Qatar Di Malaysia
29-07-2025Putrajaya, 29 Julai 2025 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) amat berbesar hati menerima jemputan daripada YB Senator Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama-sama Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji untuk menyambut kunjungan hormat delegasi daripada Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Qatar serta wakil Kedutaan Qatar di Malaysia.
Dalam pertemuan ini, Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM turut berkongsi inisiatif terbaharu YWM dalam memperkasakan wakaf, khususnya dalam sektor pendidikan dan menjemput kerjasama strategik daripada pihak kementerian.





TERKINI

Kongsi Kongsi