Aktiviti
Program Komuniti Taska Mawaddah JAKIM ke Yayasan Waqaf Malaysia
18-07-2025

Putrajaya, 18 Julai 2025 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah berbesar hati menerima kehadiran rombongan daripada Taska Mawaddah JAKIM ke pejabat ini bagi menjayakan Program Komuniti: Pemberian Biskut dan Aktiviti Seni / Kraf Kanak-kanak. Seramai 12 orang murid bersama empat orang guru pengiring disambut mesra oleh para kakitangan YWM yang diketuai oleh Encik Abdul Halim bin Mat Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif.

Program ini bertujuan untuk menyemai nilai kasih sayang, kreativiti dan semangat kejiranan dalam kalangan kanak-kanak sejak dari usia awal. Dalam suasana santai, para tetamu cilik ini mengambil bahagian dalam aktiviti pemberian biskut dan hasil kraf mereka dengan penuh keterujaan.

Sebagai tanda penghargaan, YWM turut menunjukkan sokongan terhadap inisiatif ini dengan memberikan cenderamata istimewa kepada setiap ahli rombongan. Program ini diadakan bukan sahaja untuk memberi pengalaman berharga kepada kanak-kanak, tetapi juga untuk mengeratkan hubungan antara institusi pendidikan awal dan agensi-agensi kerajaan serta komuniti sekeliling.

Semoga kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang demi membentuk generasi yang berakhlak dan prihatin kepada masyarakat. YWM juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Nurfarahin binti Rozali, Pengurus Taska Mawaddah JAKIM atas peluang emas ini.


Kongsi Kongsi