Aktiviti
Majlis Apresiasi Peserta iTEKAD CIMB Islamic Rider Entreprenuer Special Edition 2.0
03-06-2025

Kuala Lumpur, 3 Jun 2025 – Bertempat di Crystal Crown Hotel telah berlangsung Majlis Apresiasi Peserta Program iTEKAD CIMB Islamic Rider Entrepreneur Special Edition 2.0 anjuran Yayasan Belia Malaysia (YBM), dengan kerjasama Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), CIMB Islamic Bank Berhad dan Foodpanda Malaysia. Seramai 15 peserta telah diraikan atas kejayaan mereka menamatkan program ini dengan cemerlang dan penuh dedikasi.

Dalam majlis yang sama, sesi penyerahan sijil penghargaan kepada para peserta telah disempurnakan oleh YBrs. Ustaz Ahmad Suhaimi bin Yahya Ketua Serantau, Penasihatan Syariah & Tadbir Urus, CIMB Islamic bersama-sama YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM, YBhg. Dato’ Mustapha bin Haji Othman Ketua Pegawai Eksekutif, YBM dan YBrs. Encik Vivasvan Thamboo Timbalan Ketua, Jabatan Hubungan Awam & Kerajaan, Foodpanda Malaysia.

Matlamat program ini ialah menyediakan peluang kepada golongan B40 dan asnaf untuk menjana pendapatan melalui kerjaya dalam ekonomi gig. Selain diberikan kemudahan seperti motosikal dan sokongan permulaan, peserta juga berpeluang mengikuti kursus keusahawanan yang akan dilaksanakan oleh pihak Taylor’s University.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini. Semoga inisiatif sebegini terus memperkasakan komuniti dan membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada mereka yang memerlukan.


Kongsi Kongsi