Aktiviti
YWM Sumbang RM55,000.00 Di Sekitar Pulau Tuba
16-05-2025

Langkawi, 16 Mei 2025 – Sempena Program Lawatan Kerja YB. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ke Negeri Kedah, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah mengagihkan sejumlah RM55,000.00 dana Wakaf Tunai Malaysia kepada 3 buah masjid dan 5 buah surau di sekitar Pulau Tuba, Langkawi bagi tujuan projek naik taraf rumah ibadat ini seperti pertukaran karpet baharu, pembelian sistem siar raya dan pembinaan stor barang.

YB. Senator Dato' Setia Dr. Hj Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar yang juga merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YWM bersama YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM telah menyampaikan cek cura kepada wakil masjid dan surau dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Desa Keda Teluk Berembang, Pulau Tuba.

Selain itu, seramai 300 orang ketua isi rumah komuniti Pulau Tuba telah menerima sumbangan Tabung Musaadah JAKIM-YWM berupa kotak makanan kering dengan jumlah keseluruhan bernilai RM45,000.00. Turut bersama adalah YBrs. Dr. Muhammad Yamin bin Ismail, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

"Wakaf Membangun Malaysia MADANI"


Kongsi Kongsi