Aktiviti
Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) Mempersembahkan Cek Cura Sumbangan Kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah
15-05-2025

Alor Setar, 15 Mei 2025 – Menjunjung setinggi-tinggi kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman, yang sudi menerima sembah mengadap daripada YB. Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YWM, serta YBrs. Dr. Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM, bertempat di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit.

Dalam majlis ini, YB. Senator telah mempersembahkan cek cura kehadapan KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang berjumlah RM600,000.00 sebagai suntikan dana wakaf bagi pembangunan kilang padi dan Projek Hassan dan cek cura Tabung Musa'adah JAKIM-YWM sebanyak RM200,000.00 khusus untuk bantuan pasca banjir di negeri Kedah bagi tahun 2025.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan, kebijaksanaan dan keberkatan yang berpanjangan kepada Tuanku dalam memayungi umat Islam di negeri ini. Didoakan juga agar negeri Kedah terus aman, makmur dan dirahmati Allah SWT.

Nak tahu apa itu Projek Hassan? Nantikan posting kami akan datang.


Kongsi Kongsi