Kongsi Rezeki, Semai Kasih: 50 Murid Sekolah Rendah Agama JAIM Masjid Baru Dirai Menjelang Aidilfitri
28-03-2025Jasin, 28 Mac 2025 – Seramai 50 murid yatim dan kurang berkemampuan dari Sekolah Rendah Agama JAIM Masjid Baru telah disantuni dalam Program Kongsi Rezeki dan Berbuka Puasa, hasil sumbangan Tabung Musa’adah JAKIM-YWM. Sumbangan telah disampaikan oleh Cik Haidatul Azia binti Husin, Pengurus Bahagian Pemasaran dan Korporat Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), dengan harapan untuk membawa kegembiraan kepada anak-anak ini dalam persiapan menyambut Aidilfitri. Program ini bukan sahaja bertujuan untuk meringankan beban mereka, tetapi juga mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak sekolah, ibu bapa, penjaga, dan masyarakat setempat.
Dengan semangat keprihatinan dan kasih sayang, YWM terus komited dalam menyokong usaha kebajikan dan memperkukuh budaya berkongsi rezeki dalam kalangan masyarakat.




TERKINI
Kongsi Kongsi