Yayasan Waqaf Malaysia Dan Rakan Strategik Raikan Anak Yatim / Miskin Berbuka Puasa Di Puteri Bay Hotel Melaka
23-03-2025Tanjung Kling, 23 Mac 2025 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) terus memperkukuh peranannya dalam memperkasa kebajikan masyarakat menerusi Majlis Iftar Rantaian Kasih Bersama Anak-Anak Yatim dan Miskin sempena Bulan Wakaf Kebangsaan 2025 di Puteri Bay Hotel Melaka. Majlis ini bertujuan mengeratkan ukhuwah serta memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan ummah.
Program ini diserikan dengan kehadiran YB. Senator Dato' Setia Dr. Naim bin Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YWM, YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka dan YBhg. Dato Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji yang bersama-sama menyantuni 91 orang anak yatim dan miskin daripada tiga institusi kebajikan, iaitu:
- Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Ledang Tangkak
- Lembaga Pengurusan Anak Yatim/Miskin Melaka
- Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin Darul Khusus
Sebagai tanda sokongan berterusan, YWM mengagihkan sumbangan keseluruhan berjumlah RM40,000 kepada institusi kebajikan, iaitu:
- RM30,000 kepada tiga badan kebajikan bagi melaksanakan program Ihya’ Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri;dan
- RM10,000 kepada Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim/Miskin Malaysia bagi tujuan kebajikan anak-anak yatim;
Majlis ini turut mendapat tajaan dan sokongan daripada Perbadanan Wakaf Nasional Berhad, Worldgate Resources Group Sdn. Bhd., Koperasi Penguatkuasa PBT Berhad, ITTV Education Sdn. Bhd., Asia World Solutions dan SecurePay Sdn. Bhd. yang bersama-sama menjayakan inisiatif ini bagi memastikan kebajikan anak-anak yatim dan miskin terus terbela.
Melihat senyuman anak-anak ini, cukup memberi kepuasan kepada kami. Mereka gembira, kami senang hati!











TERKINI
Kongsi Kongsi