DANA PERLU YWM AGIH 61 PEK MAKANAN KERING KEPADA KAKITANGAN BUKAN EKSEKUTIF MMU, CYBERJAYA
23-07-2021Cyberjaya, 23 Julai 2021 - Agihan Dana PERLU Yayasan Waqaf Malaysia terus giat dijalankan. YWM mendapat maklumat bahawa seramai 61 buah keluarga kakitangan bukan eksekutif Universiti Multimedia (MMU) sedang dalam keadaan memerlukan bantuan makanan segera. Mereka ini merupakan keluarga B40 dan juga terjejas pendapatannya sejak pandemik Covid19 melanda negara lebih-lebih lagi pada PKP 3.0 ini. Prihatin dengan keadaan mereka, kami terus menyediakan pek makanan kering untuk diserahkan kepada semua keluarga ini.
Alhamdulillah, kesemua pek makanan telah diagihkan kepada semua penerima. Walaupun sumbangan daripada YWM ini tidaklah sebesar mana, tapi sekurang-kurangnya dapatlah mengurangkan sedikit beban mereka. Kami mendoakan agar para penerima ini sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan harian mereka.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Yayasan Universiti Multimedia - YUM yang banyak membantu urusan pengagihan pek makanan ini.
Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana PERLU di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka.
جزاكم الله خيرا كثيرا و جزاكم الله احسن الجزاء
Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.
TERKINI
Kongsi Kongsi