MAKLUMAT WAKAF PERKHIDMATAN HUTAN YWM-NRES
LATAR BELAKANG
a. Wakaf Perkhidmatan Hutan Malaysia merupakan produk wakaf yang diwujudkan melalui kerjasama antara Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
b. Objektif utama pelaksanaan projek ini adalah bagi merealisasikan hasrat Kerajaan di bawah Belanjawan 2021 dalam memperkasakan pengurusan wakaf melalui kerjasama antara YWM dengan agensi-agensi Kerajaan yang lain dan menjadikan wakaf sebagai salah satu sumber pembangunan sosio-ekonomi umat Islam.
c. Kerjasama ini telah diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Waqaf Malaysia Siri 46 Bil. 2/2024 pada 16 Oktober 2024.
TUJUAN PELAKSANAAN
Wakaf Perkhidmatan Hutan Malaysia bertujuan untuk mengumpul kutipan dana wakaf yang diterima daripada pihak-pihak yang berwakaf untuk membiayai projek perkhidmatan hutan (aset projek perkhidmatan hutan sebagai ‘ayn wakaf’).
KAEDAH MENYUMBANG
a. Masyarakat boleh turut sama dalam Wakaf Perkhidmatan Hutan Malaysia, dengan berwakaf secara tunai melalui Sistem Wakaf Tunai Malaysia.
b. Di pilihan ‘Jenis Wakaf’, masyarakat hanya perlu memilih ‘Wakaf Khas / Projek (WK) dan memilih Wakaf Perkhidmatan Hutan (Wakaf Hutan). Tiada had nilai ditetapkan bagi tujuan pewakafan ini.
c. Masyarakat juga boleh menyumbang secara tunai ke akaun Yayasan Waqaf Malaysia di Maybank Islamic Berhad melalui nombor akaun 566010603824.
d. Setiap sumbangan wakaf di YWM layak mendapat potongan cukai pendapatan sebanyak 10% daripada pendapatan agregat di bawah Subseksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan 1967.Kongsi Kongsi