MAKLUMAT WAKAF MAKMAL BAHASA DIGITAL BERGERAK YAYASAN WAQAF MALAYSIA – WAKAF PULAU PINANG

LATAR BELAKANG

a. Wakaf Makmal Bahasa Digital Bergerak Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) – Wakaf Pulau Pinang (WPP) merupakan produk wakaf tunai di bawah Skim Wakaf Tunai Malaysia dengan kerjasama YWM dan WPP.

b. Kerjasama ini telah diluluskan oleh Lembaga Pemegang Amanah YWM pada 22 Februari 2022.

TUJUAN PELAKSANAAN

Wakaf Makmal Bahasa Digital Bergerak ini merupakan projek pembangunan sebuah makmal bahasa menerusi pembelian sebuah lori / trak 5 tan sebagai harta wakaf alih yang akan diubahsuai / dimodifikasi sebagai makmal bahasa sebagaimana dimaksudkan. Makmal Bahasa ini akan dilengkapi dengan sistem teknologi dan digital yang turut mendapat sokongan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang (PPANPP).

KAEDAH PELAKSANAAN

a. WPP (pelaksana projek wakaf) akan mendahulukan perbelanjaan berjumlah RM300,000.00 sebagai ‘advance seed capital’ bagi tujuan pembelian lori / trak makmal bahasa tersebut. Manakala YWM (pengurus wakaf) pula berperanan untuk membuat kutipan dana menerusi Skim Wakaf Tunai Malaysia dengan sasaran kutipan berjumlah RM300,000.00 yang akan ditebus semula oleh WPP.

IMPAK PROGRAM

Impak Makmal Bahasa Digital Bergerak adalah seperti berikut:

a. Aspek Pendidikan: memberi peluang kepada masyarakat untuk menikmati manfaat wakaf melalui pembangunan makmal bahasa digital yang boleh menjadi lubuk dan sumber ilmu kepada masyarakat.

b. Aspek Sosial/Komuniti: memupuk kesedaran masyarakat dengan menanamkan budaya membaca buku dan menuntut ilmu sekalipun secara digital.

KAEDAH MENYUMBANG

a. Masyarakat boleh turut sama dalam pelaksanaan Wakaf Makmal Bahasa Digital Bergerak YWM - WPP, dengan berwakaf secara tunai melalui Sistem Wakaf Tunai Malaysia.

b. Di pilihan ‘Jenis Wakaf’, masyarakat hanya perlu memilih ‘Wakaf Khas / Projek (WK) dan memilih Wakaf Makmal Bahasa Digital Bergerak YWM - WPP. Tiada had nilai ditetapkan bagi tujuan pewakafan ini.

c. Setiap sumbangan wakaf di YWM layak mendapat potongan cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan 1967.

d. Untuk kaedah pewakafan terus ke akaun bank YWM, YWM akan memakumkannya dari semasa ke semasa.

“Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud – Apabila mati anak Adam, akan terputuslah amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya” (Riwayat Muslim)

TUNAIKAN WAKAF ANDA SEKARANG!


Kongsi Kongsi