MAKLUMAT WAKAF HALAL PKS
LATAR BELAKANG
a. Wakaf Halal Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS) merupakan produk wakaf yang terhasil melalui insiatif kerjasama Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Halal Development Corporation Berhad (HDC).
b. Pelaksanaan kerjasama ini telah diluluskan oleh Lembaga Pemegang Amanah YWM pada 3 Ogos 2022.
MATLAMAT WAKAF HALAL PKS
Matlamat kerjasama YWM bersama HDC bagi Wakaf Halal PKS ialah:
a. Membantu golongan PKS mikro, kecil dan sederhana dalam penyediaan keperluan aset perniagaan;
b. Memperkasa keupayaan dan kompetensi PKS melalui penyediaan latihan dan bimbingan perniagaan; dan
c. Menggalakkan PKS untuk mendapatkan pensijilan Halal JAKIM menerusi bimbingan daripada pihak HDC.
MEKANISME PENGURUSAN
a. Satu Jawatankuasa Bersama telah ditubuhkan yang berperanan memantau dan membuat keputusan bagi setiap perjalanan operasi secara keseluruhan melibatkan kutipan dan agihan dana wakaf.
b. Manakala peranan pihak-pihak di dalam kerjasama ini adalah sebagaimana berikut:
YWM
i. Pengurus Wakaf (Waqf Administrator) yang bertanggungjawab untuk menguruskan Tabung Dana Wakaf Halal PKS yang ditubuhkan bertujuan untuk mengumpul dana wakaf yang diterima daripada sumbangan oleh Kerajaan / orang ramai / korporat / NGO dan sebagainya;
ii. Penyalur Dana Pemula Kerajaan kepada HDC bagi pembelian peralatan kepada PKS-PKS yang berjaya;
iii. menyediakan Laporan Kajian Impak Program Wakaf Halal PKS; dan
iv. mengadakan Kunjungan Hormat bagi menjalinkan kerjasama bersama badan korporat agar dapat berwakaf.
HDC
i. memproses permohonan daripada PKS dan membuat pemantauan ke setiap lokasi PKS bagi tujuan saringan dan pemilihan PKS yang layak;
ii. membuat pelaporan analisa bagi keputusan yang diperolehi di dalam Jawatankuasa Bersama;
iii. mengeluarkan surat tawaran atau penolakan kepada PKS yang memohon bantuan;
iv. memproses pembelian peralatan kepada pemohon PKS yang diluluskan;
v. menandatangani perjanjian antara HDC dan PKS;
vi.menyedia dan melaporkan laporan bulanan kepada Jawatankuasa Bersama;
vii. memantau dan mengawalselia aset di premis PKS secara berkala dan memberikan bimbingan berkaitan pembangunan perniagaan;
viii.menyediakan modul latihan kepada PKS yang telah diluluskan di dalam program ini; dan
ix. mengutip sewaan aset yang disewakan kepada PKS.
PERANAN BERSAMA
i. menarik minat pewakaf untuk turut sama berwakaf bagi menjayakan program ini selaras dengan usaha YWM untuk menyebar luas kepentingan berwakaf kepada masyarakat; dan
ii. menarik minat PKS untuk menyertai program ini selaras dengan usaha HDC untuk membuka ruang kepada PKS yang beroperasi dalam industri halal Malaysia untuk memiliki pensijilan halal JAKIM supaya mampu berdaya saing di peringkat global.
BENTUK-BENTUK PROJEK / PROGRAM DIBIAYAI UNTUK WAKAF HALAL PKS
Sebarang bentuk projek / program yang melibatkan perjalanan pembelian aset-aset alih wakaf yang disewakan kepada pengusaha PKS seperti mesin-mesin dan kelengkapan perniagaan. Sebagai contoh:
i. mesin penguli tepung;
ii. mesin pemprosesan sembelihan ayam;
iii.mesin pemprosesan makanan / minuman; dan
iv. lain-lain peralatan yang bersesuaian.
IMPAK WAKAF HALAL PKSImpak Wakaf Halal PKS adalah seperti berikut:
i. Aspek ekonomi: peluang kepada pengusaha dan usahawan PKS untuk memulakan perniagaan dengan kelengkapan-kelengkapan operasi sekaligus mempertingkatkan pengeluaran yang boleh menjana untung kepada perniagaan.
ii. Aspek sosial/komuniti: sokongan oleh masyarakat umum dalam memahami kepentingan produk-produk halal yang dihasilkan oleh usahawan PKS.
KAEDAH MENYUMBANG
a. Masyarakat boleh turut sama dalam pelaksanaan Wakaf Halal PKS, dengan berwakaf secara tunai melalui Sistem Wakaf Tunai Malaysia.
b. Di pilihan ‘Jenis Wakaf’, masyarakat hanya perlu memilih ‘Wakaf Khas / Projek (WK) dan memilih Wakaf Halal PKS. Tiada had nilai ditetapkan bagi tujuan pewakafan ini.
c. Setiap sumbangan wakaf di YWM layak mendapat potongan cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan 1967.
d. Untuk kaedah pewakafan yang lain, YWM akan memakumkannya dari semasa ke semasa.
“Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud – Apabila mati anak Adam, akan terputuslah amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya” (Riwayat Muslim)
TUNAIKAN WAKAF ANDA SEKARANG!
Kongsi Kongsi