MAKLUMAT TABUNG WAKAF TUNAI KHAS PERKHIDMATAN AIR (WAKAF AIR)

LATAR BELAKANG

a. Wakaf Tunai Khas Perkhidmatan Air (Wakaf Air) merupakan produk wakaf khas yang diwujudkan di bawah Wakaf Tunai Malaysia YWM, kerjasama antara YWM dan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).

b. Pelaksanaan kerjasama ini telah diluluskan oleh Lembaga Pemegang Amanah YWM pada 20 Oktober 2020.

TUJUAN PELAKSANAAN

Wakaf Air bertujuan mengumpul dana wakaf bagi membiayai projek-projek perkhidmatan air berskala kecil bernilai di bawah RM50,000.00, antaranya:

a. Sistem pengepaman sumber air dari perigi;

b. Pembelian alat-alat ganti, penyelenggaraan bersifat ‘sekali beri’ (one-off);

c. Dana bantuan operasi pencegahan serta pemulihan sistem bekalan air luar bandar; dan

d. Penyediaan sumber air alternatif yang melibatkan kos penyelenggaraan yang rendah dan selamat digunakan.

KAEDAH MENYUMBANG

a. Masyarakat boleh turut sama dalam pelaksanaan Wakaf Air, dengan berwakaf secara tunai melalui Sistem Wakaf Tunai Malaysia.

b. Di pilihan ‘Jenis Wakaf’, masyarakat hanya perlu memilih ‘Wakaf Khas / Projek (WK) dan memilih Wakaf Perkhidmatan Air (Wakaf Air). Tiada had nilai ditetapkan bagi tujuan pewakafan ini.

c. Masyarakat juga boleh menyumbang secara tunai ke akaun Yayasan Waqaf Malaysia di RHB Islamic Bank melalui nombor akaun
2124-57600-01304.

d. Kelulusan potongan cukai kepada pewakaf yang berwakaf kepada YWM di bawah Subseksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan 1967 telah tamat pada 31 Disember 2021 dan dalam tindakan penyambungan. Justeru, semua pewakafan bermula 1 Januari 2022 adalah tidak layak mendapat potongan cukai sehingga dimaklumkan oleh YWM dari semasa ke semasa.

KAEDAH MEMOHON DANA WAKAF AIR

a. Untuk memohon dana Wakaf Air KLIK SINI

b. Untuk panduan permohonan Dana Wakaf Air KLIK SINI

PENGGUNAAN DANA WAKAF AIR



“Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud – Apabila mati anak Adam, akan terputuslah amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya” (Riwayat Muslim)

TUNAIKAN WAKAF ANDA SEKARANG!

JUMLAH KUTIPAN (SEHINGGA 28 FEBRUARI 2022) : RM3,573,849.67

BAKI TERKINI (SEHINGGA 28 FEBRUARI 2022) : RM2,713,356.69


Kongsi Kongsi